www.p-ramlee.com.my

BE AHEAD OF THE REST!

Home      zbmw background

 

 
 

Bloggers
Friend's Forum

Surat Khabar
Harian METRO
Utusan Malaysia
Berita Harian
New Straits Times
The STAR
SINAR
KOSMO
 
Kerajaan
Pej PM
Perbendaharaan
Wanita
Multimedia MCMC
Luar Negeri
MITI
MIDA
MIMA
KWSP
Dewan Bahasa
Pelajaran
Statistik
Bank Negara
Remote Sensing
Imigresen
E-Syariah
Sumber Manusia
E-Perolehan
Semak Undi
TLDM
PDRM
Jabatan Laut
Periksa baki PPK
 
Perbankan
Affin Bank
Alliance Bank
AmBank
Bank Islam
CIMB
Citibank
EON Bank
Hong Leong Bank
Maybank
Public Bank
RHB Bank
Standard Chartered
 
Pengkomputeran
Right click->save target as...
Avira Anti-Virus
Avast Anti-Virus
McAfee
Kaspersky
AVG
Download driver I
Download driver II
Download driver III
Freeware shareware
Flash game
youtube download
Video Decoder (13.2MB)

LATAR BELAKANG PEMILIK www.p-ramlee.com.my

 

 


Zainal Abidin bin Abdul Wahab dilahirkan pada hari Rabu 13 Mac 1957 di Kg Banjar kira-kira 4 kilometer dari menara condong Teluk Intan, Perak. Bapanya Abdul Wahab tidak pernah bekerja kerana mengidap penyakit athma. Beliau menanggung keluarga dari hasil kebun kelapa, kebun getah yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya yang diupahkan kepada orang lain untuk mengusahakannya.

Ibunya Che Ton bte Karim ialah suri rumah sepenuh masa, anak kepada Pengarah Urusan Syarikat Bas L.P.M.S yang beroperasi di Teluk Intan sejak tahun 1937 hingga sekarang. En. Karim meninggal dunia pada tahun 1968. Che Ton masih sihat walaupun sudah berusia lebih 80 tahun.

Zainal Abidin lebih dikenali sebagai Zainal BMw kerana beliau adalah di antara jurujual BMW yang terawal (1981 – 1986). Memilik BMW model 525 dengan plet nombor BBW 525 selama 6 tahun menyebabkan nama tersebut melekat sebagai trademark walaupun selepasa itu beliau menjadi jurujual kereta mewah lain seperti Ferrari, Lamborghini, Rolls Royce dan Jaguar.

Sewaktu bertugas sebagai Pengurus Jualan di Syarikat Pengimpot kereta-kereta termewah di dunia iaitu NEXT CAR SDN. BHD di cawangan Langkawi Zainal BMw telah mencipta nama sebagai penjuall kereta Lamborghini model baru yang pertama di Malaysia apabila beliau Berjaya menjual model Diablo SE30 yang ke 71 dari 150 unit yang dibuat khas sempena ulang tahun ke 30 syarikat Lamborghini pada tahun 1996 di Langkawi.
 
Beliau belajar di ‘Universiti of Life’ pada tahun 1971 untuk memberi laluan kepada abang kandungnya melanjutkan pelajaran di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Awam, Universiti Malaya di antara 1971 – 1974. Abangnya menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) sehingga tahun 1987 apabila meninggal dunia akibat penyakit Leukimia.
 

 
Zainal BMw mengganggap (perasan) dirinya seperti P.Ramlee yang berada dalam golongan “kadang=kadang, jarang-jarang”  kita temui  iaitu AHEAD OF THE REST dalam bidangnya automotif. Beliau pernah menjadi Office Boy selama 5 tahun di Jabatan Kastam Pelabuhan Kelang dan menyara ibu, seorang kakak dan 2 orang adik yang masih bersekolah ketika abangnya masih belajar di Universiti Malaya. Beliau juga menjadi penasihat di Jabatan Kastam Pelabuhan Kelang dalam kes-kes berkaitan automotif seperti pemalsuan AP kereta, takrif cukai, cara memenangi kes di mahkamah dan hal-hal lain. Zanal BMw juga arif di bidang undang-undang jenayah perdagangan, beliau adalah penyebab utama tertubuhnya Cawangan Jenayah Perdagangan D5 PDRM Negeri Selangor pada Bulan Mac 1990. Zainal BMw pernah menjadi anggota polis selama 2 tahun sebelum menceburkan diri di bidang automotif pada bulan Jun 1979.
 
Beliau telah mendirikan rumah tangga pada 27 Feb 1983 dengan isteri Melayu pertamanya HAMIDAH BT AWAL seorang Jurutrengkas Kanan di UiTM, Seri Iskandar, Perak dan dikurnikan dengan 4 orang cahayamata. Yang sulung CT,Zubaidah, pelajar tahun akhir jurusan Undang-undang UiTM, Shah Alam dan 3 adik-adik lelaki. Yang bongsu berusia 11 tahun. Kesemua anak-anaknya belajar di Sekolah aliran Cina hingga ke peringkat Sekolah Menengah.

Zainal BMw terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 1 Mac 2004 apabila kereta Peugeot yang dipandunya telah dirempuh di sebelah kanan pintu pemandu oleh sebuah van dari arah bertentangan yang tayar belakangnya meletup. Beliau mengalami cedera parah dan lack of memories selama 3 tahun dan baru saja pulih dari segala masalah tersebut.

Hobi Zainal BMw ialah suka berdebat, suka mendengar cerita dan lawak, lucu dan suka ketawa.“Pengalaman P.Ramlee bekerja sebagai Office Boy di Syarikat Timah sewaktu penaklukan tentera Jepun di Malaya, amat membangga Zainal BMw yang juga bekas Office Boy.”

 

 

All Right Reserved.
Copyright © zainal bmw 2007.
HP: 012-2238331